Lufthansa sedia rancangan tambahan

FRANKFURT AM MAIN, 22 JUN – Kumpulan penerbangan Jerman, Lufthansa berkata mereka mempunyai rancangan tambahan yang sudah siap sedia sekiranya pemegang saham menolak rancangan penyelamat bernilai sembilan bilion euro yang dipersetujui dengan negara itu.

Seperti syarikat pesaing yang lain, Lufthansa terjerumus dengan krisis selepas usaha untuk membendung koronavirus yang dibawa melalui perjalanan udara hampir terhenti selama beberapa bulan tahun ini.

“Jika mesyuarat pemegang saham tidak memberikan persetujuan untuk langkah-langkah penstabilan kerajaan persekutuan, kami telah membuat persiapan yang luas,” kata ketua eksekutif, Carsten Sphor dalam surat yang dihantar kepada pekerja kelmarin dan disaksikan oleh AFP.

Pelabur akan mengadakan perjumpaan Khamis untuk menandatangani perjanjian penyelamat yang telah diusahakan dengan perbincangan dengan Berlin dan akan menyaksikan kerajaan akan memegang saham sebanyak 20 peratus dan pilihan untuk menambah lima peratus lagi.

Tetapi pemegang saham yang mewakili 38 peratus modal Lufthansa yang mendaftar untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan itu, dua per tiga sokongan diperlukan untuk meluluskan pelan tersebut berbanding pilihan majoriti jika jumlah kehadiran adalah tinggi.

Hartawan industri kereta api dan jutawan Jerman, Heinz-Hermann Thiele dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah meningkatkan 15 peratus saham di Lufthansa, menjadikannya pemegang saham tunggal terbesar kumpulan itu dan menimbulkan kebimbangan bahawa dia dapat menyekat perjanjian kerajaan.

Thiele memberitahu akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung minggu lalu bahawa dia memegang saham adalah ‘bukan syarat bahawa saya akan memilih apa-apa’, tetapi menambah ‘masih ada kemungkinan’ dalam perbincangan ketua-ketua dengan Berlin.

Menteri Ekonomi, Peter Altmaier dan Menteri Kewangan, Olaf Scholz akan mengadakan perjumpaan dengan Thiele dan wakil-wakil Lufthansa untuk perbincangan terakhir pada Isnin, kata sumber kepada AFP. – AFP

Lufthansa mempunyai rancangan tambahan yang bersiap sedia sekiranya pemegang saham menolak rancangan penyelamat. – AP