Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lufthansa tambah gaji kru kabin

    FRANKFURT, 1 NOV – Lufthansa berkata hari ini ia telah bersetuju menambah gaji kira-kira 19,000 kru kabin di Jerman untuk membantu membayar pampasan disebabkan inflasi yang meningkat.

    Syarikat penerbangan Jerman itu berkata ia telah mencapai perjanjian setahun dengan kesatuan kru penerbangan UFO untuk menaikkan gaji bulanan asas sebanyak 250 euro (AS$248) bermula Januari 2023, dan 2.5 peratus tambahan bermula Julai.

    Gaji permulaan untuk kakitangan dalam penerbangan akan naik sebanyak 17 peratus, menurut Lufthansa, sementara mereka dalam julat gaji tertinggi akan melihat kenaikan sembilan peratus.

    “Dengan kenaikan ini, kami membayar wang yang patut diberikan dan mengambil kira tanggungjawab sosial kami, sementara juga memastikan tarikan kami sebagai majikan,” kata ketua kakitangan Lufthansa, Michael Niggemann.

    Kakitangan kabin dalam kumpulan gaji lebih rendah ‘akan menikmati faedah’ daripada perjanjian baharu ini, tambah beliau.

    Lufthansa telah pun bersetuju untuk menambah gaji juruterbang dan kakitangan darat di Jerman pada awal tahun ini selepas mereka menganjurkan mogok untuk mendesak permintaan untuk bayaran gaji yang lebih baik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...