Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lufya anggap insiden diserang ada hikmah

    Meskipun insiden diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura minggu lalu meninggalkan kesan trauma Lufya Omar namun pelakon itu tetap merasai hikmahnya.

    Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, disebabkan kejadian itu hubungan dengan bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kembali jernih sejak bercerai dua tahun lalu.

    Paling penting katanya, hubungan Dr Che Hafiz dengan anak mereka juga semakin rapat memandangkan jarang bertemu sebelum ini.

    Dalam insiden mencemaskan itu, Lufya telah dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

    Susulan itu, Lufya sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

    Berkongsi tentang keadaannya, Lufya berkata, meskipun masih berasa trauma dia tetap menguatkan semangat untuk meneruskan aktiviti harian termasuk kembali bekerja untuk melupakan insiden itu.

    Bagaimanapun, dia tidak menyangka terkena serangan panik dan hampir pitam ketika menghadiri acara pembukaan kedai barangan anak damit di Johor Bahru, baru-baru ini dan merasakan perlu lebih waktu untuk pulih daripada kejadian itu. Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

    Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor. – Agensi

    Meskipun masih trauma, Lufya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan aktiviti harian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...