Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lufya belum sempat bulan madu

    KUALA LUMPUR – Pelakon Lufya Omar, mengakui belum sempat berbulan madu meskipun sudah lima bulan beliau dan suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharom, mendirikan rumah tangga.

    Lufya berkata, jadual kerja suami yang padat membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan seketika.

    “Buat masa ini, kami belum sempat untuk berbulan madu kerana suami sibuk dengan kerjanya. Begitupun, ada juga perancangan untuk bercuti ke beberapa tempat, cuma sebelum itu kami akan selesaikan dulu rakaman program Romantika. Antara lokasi percutian kami di Thailand ialah Bangkok, Pattaya, Khao Yai, Pak Chong, Kanchanaburi dan Ratchaburi. Kiranya, berbulan madu jugalah,” katanya berseloroh.

    Lufya dan Hafiz, yang juga seorang doktor, mendirikan rumah tangga pada 26 November lalu.

    Lufya Omar bersama suaminya, Hafiz.
    Lufya Omar bersama suaminya, Hafiz.

    Sementara itu, Lufya menyifatkan beliau dan suaminya kini sedang melalui fasa mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.

    Malah, sejak berkahwin, pelakon drama Umairah itu dapat menikmati kebahagiaan yang berbeza apabila mampu melakukan pelbagai aktiviti di samping insan tersayang.

    “Alhamdulillah, banyak perkara yang kami lakukan bersama. Kini, contohnya saya ada kawan untuk bersolat dan makan bersama. Jadi, kiranya saya tak sunyi dan terasa kehidupan ini lebih bermakna. Bagaimanapun kami masih lagi dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Banyak perkara baru yang kami belajar sejak mendirikan rumah tangga,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda