Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lufya kena aniaya peguam sendiri

    Pelakon Lufya mendedahkan dia baharu mendapat tahu kes tuntutan nafkah anaknya terhadap bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz telah ditutup oleh pihak mahkamah syariah sejak Mac lalu.

    Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, lebih menyedihkan apabila perkara itu berlaku atas kesilapan peguam yang mewakilinya apabila tidak muncul di mahkamah untuk perbicaraan.

    “Dua tahun tuntut nafkah anak tak selesai dan menunggu lapan bulan untuk tarikh seterusnya sangat mengarut!

    “Baru dapat tahu rupanya kes nafkah anak Lufya telah dibatalkan atau ditutup oleh hakim. Gali punya gali, rupa-rupanya peguam kita sendiri tak hadir mewakili kita.

    “Kes itu telah ditutup pada Mac 2022 awal tahun lagi,” katanya yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.

    Lufya kecewa kes tuntutan nafkah ditutup kerana peguam sendiri. – Agensi

    Lufya berkata, dia meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap peguamnya itu yang memaklumkan kes berkenaan terpaksa ditangguhkan berkali-kali atas pemberian bukti baharu.

    Lufya berkata, sebagai seorang ibu tunggal dia tidak menyangka menjadi mangsa aniaya peguam sendiri.

    “Yang kita ini percaya la dekat dia. Alasannya kerana masukkan pembuktian baru.. ini namanya ‘putaran’ 360 darjah.

    “Subhanallah kita lantik dia untuk bela kita malah rasa dianiaya. Lufya ini ibu tunggal yang bekerja keras menyediakan terbaik untuk anak perempuan saya.

    “Tangisan, jerih, perih membesarkan anak sendiri jangan cerita lah. Apa yang terjadi sebelum ini tolak tepi lah,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Lufya mendakwa, bekas suaminya juga memandang ri-ngan isu berkaitan nafkah anak mereka.

    Malah Dr Che Muhammad Hafiz di dakwa memasukkan nafkah ke dalam akaun mengikut kehendaknya.

    Come on! RM300 hingga RM500 jumlah yang tak relevan lagi untuk nafkah anak.

    “Dah failkan kes baru masukkan duit ke akaun anak itu pun, ikut jumlah suka hati dia. Kita patut beri yang terbaik untuk anak kita,” katanya.

    Sementara itu, Lufya memberitahu sudah melantik peguam baharu yang lebih berkaliber bagi memperjuangkan hak anaknya di mahkamah.

    Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz berkahwin pada tahun 2016 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

    Pasangan ini kemudiannya bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...