Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Luka juara Express E-Hits 2

    Oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Lagu bertajuk Luka gubahan Rapul Rezal yang dibawakan oleh kumpulan D’3VO menjuarai Anugerah Express E-Hits 2 yang berlangsung meriah di Amfiteater Jerudong Park, malam Sabtu lalu.

    Manakala itu, tempat kedua milik lagu Sufuciente hasil Hans Anuar dan dipersembahkan oleh Andie Othman yang turut memenangi anugerah persembahan terbaik. Lagu yang memenangi tempat ketiga adalah Dangan yang dipersembahkan oleh Ezah Hashim dan dihasilkan oleh Naree Rahim dan Hafiz Salim serta lirik oleh Sang Hikayat.

    Hadir menyampaikan hadiah ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan selaku tetamu kehormat dan Pemangku Pengarah RTB, Cheong Chee Keong.

    Hadiah utama adalah wang tunai $4,000, sementara itu hadiah kedua wang tunai $3,000 dan $2,000 di tempat ketiga.

    Anugerah-anugerah lain yang disampaikan pada majlis itu adalah lagi dengan lirik terbaik yang diberikan kepada lagu Dangan, vokal terbaik kepada D’3VO dan persembahan terbaik kepada Andie Othman.

    Anugerah Express E-Hits 2 dihasratkan menjadi platform bagi mendukung industri kreatif Negara Brunei Darussalam dan sebagai galakan bagi para komposer, penulis lirik dan penyanyi tempatan untuk terus berkarya dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

    Penyanyi, penulis lagu dan hakim jemputan bagi anugerah kali ini, Aina Abdul menyatakan bahawa sukar untuk menghakimi pertandingan tersebut disebabkan persembahan luar biasa para peserta.

    Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada kumpulan D’3VO.
    Aina Abdul dijemput sebagai panel hakim semasa anugerah berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...