Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Luka putus tunang, hati Amylea Azizan belum terbuka

    Setelah lebih setahun berkongsi kisah putus tunang dengan Farouk Roman, penyanyi dan komposer, Amylea Azizan berkata hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana lelaki.

    Amylea, 36, berkata bukan sesuatu yang mudah untuknya mencari pengganti kerana kegagalan lalu memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

    “Saya tidak mencari seorang yang istimewa sekarang ini. Saya baru keluar daripada fasa putus tunang, tidak boleh cari ganti dengan mudah.

    “Buat masa sekarang tiada teman lelaki dalam hidup saya,” katanya kepada mStar.

    Pada Januari tahun lalu media melaporkan tentang kisah cinta terlerai antara Amylea dan Farouk biarpun lebih 10 tahun menjalinkan hubungan.

    Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan berkongsi punca perpisahan.

    Amylea Azizan berkata hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana lelaki. – Agensi

    Sementara itu penyanyi lagu Kendati ini menafikan mula menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki yang dikenali sebagai Sol Ahmad.

    Gosip antara Amylea dengan lelaki berkenaan timbul selepas mereka dilihat saling berkongsi kata-kata manis di media sosial. “Saya ada ramai kawan baik lelaki. Sol antara kelompok rakan yang sangat rapat.

    “Kami sering berkongsi ungkapan sebegitu kerana kami saling menyayangi sebagai seorang kawan,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Amylea kini mengembangkan sayap kerjaya ke dunia lakonan.

    Meskipun masih baharu dan banyak yang perlu dipelajari, dia sudah mula menyukai bidang ini dan akan serius bergelar pelakon.

    “Sebenarnya tidak pernah terfikir. Tapi syarikat Radius One menawarkan saya untuk berlakon kerana sudah lama kami bekerjasama menghasilkan lagu untuk drama.

    Dia bakal tampil dalam drama berjudul Fantasia Inn dan Dendam Seorang Isteri selain memegang watak utama untuk drama Hantu Malam Pesta. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...