Saturday, November 2, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukaku gegar Old Trafford

    MANCHESTER, 14 Ogos – Romelu Lukaku telah memperkenalkan dirinya kepada Old Trafford dengan sangat bergaya apabila menjaringkan dua gol ketika Manchester United menundukkan West Ham United 4-0 dalam perlawanan pertama United bagi saingan Liga Perdana lewat semalam.

    Penyerang Belgium itu, pembelian 75 juta pound dari Everton, menjaringkan dalam kedua separuh masa perlawanan bagi menjadikan jumlah jaringannya menentang West Ham kepada 11 gol dari 11 penampilan terakhirnya.

    Pemain gantian Anthony Martial dan Paul Poga telah menambah lagi dua gol United, memberikan gambaran sebenar penguasaan United dan melonjaknya skuad Mourinho di persada melalui perbezaan jaringan.

    United menyertai Arsenal, Manchester City dan Tottenham Hotspur dengan mata maksimum, sementara West Ham memberikan tentangan, petanda awal ini menggambarkan skuad Mourinho tidak akan mengakhiri musim dengan ketinggalan 24 mata lagi.

    Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku meraikan jaringan pertamanya dalam perlawanan menentang West Ham United di Old Trafford. - AP
    Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku meraikan jaringan pertamanya dalam perlawanan menentang West Ham United di Old Trafford. – AP

    Ketika Lukaku menjadi tumpuan utama, Nemanja Matic juga menikmati penampilan pertama yang hebat susulan perpindahan 40 juta pound dari Chelsea, dan beberapa pemain seperti Pogba, Henrikh Mkhitaryan dan Marcus Rashford juga mempamerkan aksi meyakinkan.

    Pengurus West Ham, Slaven Bilic, yang memberikan penampilan pertama kepada Joe Hart, Palo Zabaleta, Marko Arnautovic dan Javier Hernandes, berharap persembahan lebih baik menjelang kunjungan pasukannya ke Southampton hujung minggu ini.

    Setelah membuka akaun golnya dalam kekalahan Piala Super UEFA kepada Real Madrid di Macedonia, Lukaku kini memperoleh tiga gol dalam dua perlawanan United.

    Dia mungkin boleh meraikan gol pertama liga lebih awal. Hantaran Mkhitaryan telah menemui Juan Mata dan selepas menyaksikan rembatannya ditampan oleh penjaga gol West Ham, Hart, dia kemudian memberikan hantaran kepada Lukaku, tetapi pemain berusia 24 tahun gagal melepaskan rembatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda