Lukaku harapan besar Chelsea

LONDON, 13 SEPT – Romelu Lukaku sudah memenuhi impian bergelar penggempur utama Chelsea dan kini penyerang Belgium itu mahu membantu kelabnya mengekalkan gelaran Liga Juara-Juara.

Lukaku menjaringkan gol di Stamford Bridge buat pertama kali awal pagi kelmarin ketika dua jaringannya membantu Chelsea menang 3-0 mengatasi Aston Villa.

Selepas menjaringkan gol pada penampilan pertamanya sejak kembali ke Chelsea ketika menentang Arsenal pada Ogos, Lukaku sudah mencetak tiga gol daripada tiga penampilan menerusi penyudah tajamnya.

Peluang untuk mendapatkan gol adalah sukar kerana taktik bertahan digunakan kebanyakan kelab Itali, namun Lukaku berupaya membantu Inter Milan meraih gelaran pertama dalam tempoh 11 tahun.

Dia menjaringkan 64 gol dalam 95 perlawanan buat Inter dan mengekalkan rentak itu sejak menyertai Chelsea.

“Di Itali saya bermain dalam liga yang saya ada hanya satu atau dua peluang dalam se-tiap perlawanan, jadi saya perlu mengambilnya. Saya sangat gembira dengan situasi saya sekarang dan kami akan teruskan,” kata Lukaku. Sifat taktikal dan ketenangan Lukaku berbeza ketika dia beraksi buat Manchester United dan ia mengagumkan bos Chelsea, Thomas Tuchel.Memiliki Lukaku di bahagian serangan terbukti membawa perbezaan ketika Chelsea merancang gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut selain mencabar gelaran Liga Perdana.

Ketika Borussia Dortmund cuba menjual Erling Braut Haaland di pasaran, Lukaku tetap menjadi pilihan utama Tuchel. Olivier Giroud dan Tammy Abraham sudah meninggalkan kelab berkenaan dan peranan Timo Werner juga semakin berkurangan sejak kehadiran Lukaku. – AFP

Aksi El Shaarawy (kanan) berebut bola dengan pemain Sassuolo Gregoire Defrel semasa perlawanan Serie A Itali di antara AS Roma dan Sassuolo di stadium Olimpik di Rom pada 12 September. – AFP