Lukaku harapan Inter Milan berdepan Genoa

MILAN, 20 DIS – Romelu Lukaku bakal beraksi sebagai penyerang utama Inter Milan dalam perlawanan penting bersama Genoa untuk menyamakan jurang dengan pendahulu Liga Itali Juventus tanpa keberadaan tunggak utama Lautaro Martinez.

Pasangan tersebut telah mencatatkan 18 gol buat Inter dari 32 gol dalam 16 perlawanan pada musim ini di bawah pimpinan Antonio Conte, setelah beberapa dekad belum mencapai apa-apa kejayaan besar bagi pasukan tersebut.

Penyerang Belgium Lukaku, bakal digandingkan dengan pemain muda Sebastiano Esposito yang akan bermain dalam perlawanan Serie A buat kali pertama setelah selama beberapa ming-gu penampilannya di bangku simpanan.

Dua kali berturut-turut Inter mendapat keputusan seri, dengan gol penyamaan Dusan Vlahovic bagi Fiorentina minggu lalu membolehkan Juventus untuk kekal di atas liga Rabu lalu. Pemain Argentina Martinez yang menjadi pilihan pada waktu-waktu terakhir dalam pertukaran pemain yang menjadi sasaran bagi Barcelona dan Manchester City memberi peluang besar bagi Esposito menjadi pemain utama seperti pemain tengah Stefano Sensi dan Nicolo Barella.

Tandukan luar biasa Ronaldo semasa perlawanan bersama Sampdoria yang memberikan kemenangan kepada Juventus memberikan pasukan tersebut kedudukan teratas liga dengan kelebihan tiga mata. Juventus ketika ini juga bersiap sedia untuk Piala Liga Itali yang bakal berlangsung Ahad ini melawan Lazio. – AFP

Gambar fail pada 10 Disember menunjukkan aksi Romelu Lukaku meraikan jaringan semasa perlawanan di antara Inter Milan dan Barcelona di Stadium San Siro Milan, Itali. – AP