LONDON, 5 JAN – Pemain penyerang Chelsea, Romelu Lukaku berkata kelmarin bahawa dia meminta maaf selepas mengatakan dia tidak gembira bersama kelab di bawah pengurus Thomas Tuchel.
Temu bual di antara pemain penyerang berasal dari Belgium dan Sky Sport Italia, yang telah dirakam awal bulan lepas, dan baru diterbitkan pada Khamis lalu.
Tuchel kemudian menggugurkan pemain berusia 28 tahun itu, yang mengalami kecederaan dan COVID-19 musim ini, serta dengan keputusan seri dengan Liverpool pada Ahad lepas.
“Kepada semua penyokong, saya meminta maaf atas kekecewaan berpunca daripada saya,” ujar Lukaku dalam laman sesawang Chelsea.
“Sudah tentu ini terserah kepada saya sekarang untuk memulihkan kepercayaan awda, dan saya akan berusaha lebih gigih setiap hari untuk menunjukkan komitmen semasa latihan padang dan dalam perlawanan untuk memastikan kami menang.
“Serta kepada pengurus, ahli pasukan dan pihak lembaga, saya meminta maaf kerana saya beranggapan ia bukan pada masa yang tepat juga.
“Dan saya ingin maju ke hadapan dari ini dan memastikan kami akan mula memenangi perlawanan bola sepak dan memastikan saya akan berkelakuan lebih baik untuk prestasi pasukan,” tambahnya.
Chelsea membayar AS$132 juta untuk bekas penyerang Manchester United itu, yang menghabiskan tiga musim di Stamford Bridge pada awal kariernya.
Lukaku memberitahu kepada penyiar Itali itu bahawa dia ingin kembali ke Inter Milan.
“Sejujurnya saya patut memberitahu dengan lebih jelas dalam mesej tersebut,” ujar Lukaku.
“Temu bual itu adalah mengenai mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Inter, ia bukan tentang untuk mencuba tidak menghormati penyokong Chelsea, kelab bola sepak, pemilik, rakan sepasukan saya dan malah kakitangan teknikal.
“Kerana mereka telah menunjukkan usaha yang banyak untuk saya kembali ke sini dan saya ingin kembali ke sini.
“Jadi bagi saya datang ke sini ketika berumur 18 tahun, ia tidak berjalan begitu baik. Sekarang saya kembali pada usia 28 tahun dalam tahun-tahun utama kerjaya saya. Saya tidak boleh merosakkan perkara ini,” tambahnya. – AFP