Lukaku wira Inter menentang Gladbach

MILAN, 22 OKT – Romelu Lukaku menjaringkan gol penyamaan dramatik di minit-minit akhir ketika Inter Milan seri 2-2 menentang Borussia Monchengladbach dalam aksi pembukaan Kumpulan B Liga Juara-Juara semalam.

Penyerang Belgium, Lukaku meletakkan Inter di depan di Stadium San Siro menerusi rembatan jarak dekat untuk gol kelapannya dalam lapan perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Tetapi pemain Moncheng-ladbach, Ramy Bensebaini menyamakan kedudukan menerusi penalti selepas Arturo Vidal mengasari Marcus Thuram dalam kotak penalti.

Jonas Hofmann meletakkan skuad Jerman itu depan di minit ke-84 perlawanan hasil larian cantik yang kemudiannya te-nang menolak bola menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Lukaku muncul penyelamat selepas sepakan sudut melepasi Alessandro Bastoni terlebih dahulu sebelum terkena lutut Lukaku untuk jaringan penyamaan Inter.

Inter berada di tangga ketiga dalam kumpulan di belakang Borussia Moenchengladbach. – AFP