Lukashenko menang pilihan raya Belarus

MINSK, 10 OGOS – Pemimpin Belarus yang sudah lama memimpin Belarus, Alexander Lukashenko memenangi pilihan raya penggal keenam dengan 80.23 peratus undian, kata suruhanjaya pilihan raya pusat hari ini, setelah polis berdepan dengan penunjuk perasaan daripada penyokong pembangkang.

Ketua suruhanjaya pilihan raya pusat, Lidia Yermoshina mengatakan dalam komennya di televisyen bahawa pencabar utama, Svetlana Tikhanovskaya mendapat undian 9.9 peratus, dengan jumlah awal.

Tiga calon lain masing-masing menang kurang dari dua peratus, kata Yermoshina.

Pengumuman itu dibuat setelah polis berdepan kumpulan penunjuk perasaan dengan bom pemedih mata dan peluru getah di Minsk dan bandar-bandar lain pada petang kelmarin setelah keputusan keluar menunjukkan Lukashenko memperoleh kemenangan luar biasa.

Tikhanovskaya, seorang ibu dan ahli politik baharu yang berusia 37 tahun, menggerakkan pembangkang semasa kempen pilihan raya, menarik puluhan ribu penyokong kepada demonstrasi terbesar bekas negara Soviet itu selama bertahun-tahun. – AFP

Calon presiden pembangkang Svetlana Tikhanovskaya dan Maria Kolesnikova mengadakan sidang media sehari selepas pilihan raya presiden Belarus di Minsk semalam. – AFP