Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Luke Woodland lengkapkan senarai import TFC

    KUALA TERENGGANU, 29 DIS – Pemain kacukan Inggeris-Filipina yang juga bekas pemain Kuala Lumpur City FC, Luke Woodland sah beraksi bersama skuad Penyu untuk musim 2022.

    Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC) Ab Rasid Jusoh berkata pemain kelahiran Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu telah menandatangani kontrak selama setahun sekali gus melengkapkan kuota lima pemain import ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

    “Woodland memulakan karier bersama Bolton Wanderers, Oldham Athletic dan York City di England sebelum menyertai kelab Filipina, Ceres Negros pada 2017.

    “Beliau kemudian menyarung jersi kelab Thailand, Buriram United diikuti skuad The City Boys dalam Liga Super pada 2019 dan terakhir bersama kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC sebelum kembali ke Liga Malaysia mewakili TFC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ab Rasid berkata kehadiran Woodland di posisi pertahanan diharap dapat membantu skuad Penyu memburu kejuaraan yang belum tercapai bersama pemain import lain iaitu Kipre Tchetche, Habib Haroon, Kpah Sherman dan Pape Diakite. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...