Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lukis mural bersama bina hubungan positif

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Dengan hasrat menyediakan platform bagi komuniti kreatif mengetengahkan bakat dan kemahiran mereka, warga Boustead Sdn Bhd, pelatih-pelatih Uniklearn, An-Nur Harapan hari ini berpeluang menyertai aktiviti melukis bersama-sama kumpulan artis dalam usaha menyiapkan mural dinding luar Dewan Pameran Suzuki di Gadong.

    Acara Suzuki Wall Makeover itu menggabungkan profesional dan amatur untuk mereka mural dalam pertandingan The Best Wall Makeover Design bertemakan Young, Love & Joy pada 30 April lalu.

    Sketch One Studio telah memenangi kontrak dengan Suzuki Brunei untuk menghasilkan lukisan mural tersebut dan menjadi tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar dari Uniklearn yang dijemput untuk sama-sama melukis mural itu.

    Aktiviti lukisan mural pada mulanya disertai para pelajar SMARTER Brunei bersama tenaga pengajar dan artis Sketch One Studio kemudian diteruskan hari ini oleh pelatih-pelatih Uniklearn.

    Pengurus Pemasaran Suzuki, Boustead Sdn Bhd, Adehelmie Jaafar menyatakan penghargaan dan menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh An-Nur Harapan dalam membangunkan Uniklearn, sebuah program di mana belia-belia berkelainan upaya berpeluang untuk mengenal pasti hala tuju kerjaya serta berusaha mencapai matlamat masing-masing.

    Beliau menyatakan pihaknya menyokong sepenuhnya inisiatif yang diambil oleh An-Nur Harapan dan berharap kejayaan para pelatih dalam program berkenaan akan membawa kepada cara hidup yang lebih positif dan baik dalam usaha masa hadapan mereka.

    Melalui acara itu, Suzuki Brunei berharap dapat membina hubungan berpanjangan dengan Uniklearn serta juga komuniti seni grafiti di Brunei dengan menyokong acara-acara serupa pada masa hadapan. Mural itu dijangka akan siap keseluruhannya pada 4 Jun nanti.

    Acara Wall Makeover itu diadakan bersempena dengan Promosi Home Makeover yang bermula pada 15 Februari dan berakhir pada akhir Mei ini dengan pelanggan yang membuat pembelian mana-mana kenderaan Suzuki berpeluang untuk memenangi sebuah rumah kabin dan baucar Urban Deco Furniture.

    Pelatih-pelatih Uniklearn serta pihak pengurusan dan kakitangan Boustead Sdn Bhd menyertai aktiviti melukis mural semasa acara Suzuki Wall Makeover.
    Pelatih-pelatih Uniklearn dan Adehelmie bergambar ramai semasa aktiviti Suzuki Wall Makeover, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...