Lukis wajah: teknik lindungi diri dikesan sistem pengecaman

LONDON – Apabila menjelang waktu malam di London, Georgina Rowlands dan Anna Hart akan mula memakai alat solekan.

Tetapi daripada memakai gincu dan alis mata, mereka menutup muka mereka dengan bentuk geometri.

Rowlands melukis mukanya dengan bentuk segi tiga memanjang berwarna biru dan segi empat berwarna putih melintang. Hart pula melukis beberapa tompok berwarna merah, jingga dan putih pada mukanya.

Mereka adalah dua daripada empat orang pengasas Kelab Dazzle, sebuah kumpulan pelukis yang ditubuhkan pada tahun lalu untuk mencetuskan perbincangan mengenai penggunaan teknologi pengenalan wajah yang semakin meningkat.

Kumpulan tersebut akan berjalan secara senyap di beberapa buah kawasan di London setiap bulan untuk meningkatkan kesedaran mengenai teknologi, di mana mereka berkata ia telah digunakan untuk ’pengawasan berleluasa’. Kebimbangan lain termasuk kekurangan peraturan, ketidaktepatan dan bagaimana ia mempengaruhi ruang awam.

Gambar yang diambil pada 17 Februari menunjukkan pelukis Georgina Rowlands (kiri) dan Anna Hart (kanan) menunjukkan hasil seni lukisan wajah mereka, mereka merupakan antara empat pengasas Kelab Dazzle, yang ditubuhkan tahun lalu. – AP
Para aktivis berhimpun mengadakan demonstrasi di hadapan fasiliti bergerak pengenalan wajah di luar pusat membeli-belah di tengah London pada 11 Feb lalu. – AP
Orang ramai menyaksikan rancangan teknologi CES di Las Vegas, AS, orang ramai membantah mengenai teknologi pengenalan wajah disebabkan isu privasi, ketepatan dan pengawasan yang banyak. – AP

Kira-kira 19 orang menghadiri acara terbaharu di kawasan kejiranan Shoreditch, Timur London dan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dalam perjalanan itu, di mana para peserta perlu melukis wajah mereka dengan gaya yang dikenali sebagai CV Dazzle.

Teknik tersebut yang diperkenalkan oleh seorang pelukis dan penyelidik, Adam Harvey, bagi tujuan menyamarkan diri dari sistem pengecaman muka, di mana imej muka tersebut ditukar menjadi formula matematik yang boleh di analisa oleh algoritma. CV Dazzle – CV adalah singkatan bagi penglihatan komputer – menggunakan rekaan inspirasi kiub untuk menggagalkan komputer, kata Rowlands.

“Anda mencuba untuk mencampuradukkan dengan mengenakan berbagai-bagai warna dan corak,” dia berkata. “Perkara yang paling penting ialah warna cerah dan gelap. Jadi kami sering mengenakan warna hitam dan putih, warna yang kontras, kerana anda cuba untuk bermain dengan bayang-bayang dan sinar dari muka anda.”

Teknik yang serupa digunakan secara meluas dalam Perang Dunia Pertama untuk menyembunyikan kapal perang Britain dan untuk mengelirukan musuh ke mana arah tuju dan lokasi kapal-kapal tersebut.

Untuk menguji hasil rekaan kerja mereka, mereka akan menggunakan ciri pengenalan wajah yang ringkas menggunakan kamera telefon pintar mereka.

“Saya boleh melihat saya telah tersembunyi, ia tidak dapat mengenal pasti saya,” Rowlands berkata, memeriksa telefonnya untuk melihat mukanya tidak mempunyai segi tiga di kelilingnya.

Teknologi pengenalan wajah yang semakin meningkat ini telah diuji dan disebarkan dalam demokrasi yang maju selepas penggunaan yang agresif di sesetengah negara yang autoritarian seperti China.

Britain telah lama menggunakan pengawasan kamera di tepat-tempat awam untuk bertindak balas terhadap ancaman sekuriti, dan Londan telah berada di kedudukan antara yang teratas penggunaan kamera litar tertutup di dunia. Tetapi penerimaannya masih di uji di mana pihak berkuasa dan syarikat-syarikat semakin meningkat untuk menggunakan generasi kamera yang baharu dengan teknologi pengenalan wajah sementara para aktivis, penggubal undang-undang dan pakar bebas semakin risau mengenai jumlah pengawasan yang banyak, isu privasi dan ketepatan.

Berbanding dengan pengawasan algoritma yang tidak terbatas dengan Britain. Aktivis dari Rusia telah dilaporkan ditahan bulan lalu kerana mengenakan lukisan pada wajah ke atas kamera pengenalan wajah di Rusia. Para aktivis pro-demokratik Hong Kong secara rutin mengenakan penutup muka di jalan-jalan untuk memprotes bagi menyembunyikan wajah-wajah merekta. Kumpulan berhaluan kanan di Serbia dan Uganda telah membantah projek kerajaan untuk memasang kamera buatan China.

Para pereka lain telah menghasilkan langkah tindak balas seperti cermin mata hitam yang memantulkan cahaya infra merah untuk mengaburkan kamera.

“Ini adalah satu gerakan untuk menentang terhadap pengenalan wajah yang kami secara aktif menyertai dan kami ingin menjadi lebih matang,” kata Rowlands.

Rowlands, Hart dan dua lagi pelukis menubuhkan Dazzle Club pada bulan Ogos, memantau berita bahawa London di daerah King’s Cross – sebuah hab pengangkutan yang sibuk di mana pejabat-pejabat besar dibangunkan secara pesat – secara diam membuat eksperimen dengan kamera pengenalan wajah secara langsung tanpa keizinan dan pengetahuan awam, telah mencetuskan kemarahan.

Polis London baru-baru ini mula menggunakan kamera pengenalan wajah secara langsung dalam bahagian pengendalian operasi. Minggu lalu pegawai polis menahan seorang wanita kerana menyerang selepas kamera menangkap gambar wanita tersebut dari sebuah jalan yang dipenuhi orang di kawasan yang sibuk dengan beli-belah. Polis berkata teknologi baharu ini diperlukan untuk memastikan orang awam selamat dan imej orang-orang yang tidak bersalah akan segera dipadam.

Sikap orang awam mengenai teknologi pengenalan wajah di Britain nampaknya bercampur baur, menurut satu kaji selidik tahun lalu, di mana didapati kebanyakan orang berkata mereka tidak mengetahui mengenainya tetapi hampir separuh berkata mereka harus menarik diri.

Pengasas Kelab Dazzle berkata mereka risau mengenai kesan teknologi kepada orang di tempat awam jika sekiranya kamera mengumpulkan data biometrik mereka – imej wajah – tanpa menerangkan secara terang apa yang mereka lakukan.

“Kami terpaksa mengubah kelakuan kami di tempat awam yang saya rasa ia menjadi suatu masalah,” kata Hart. – AP