NEW YORK, 18 MEI – Lukisan pelukis terkenal Austria, Gustav Klimt berjaya dilelong pada harga AS$50 juta pada acara lelongan musim bunga tahunan New York, lapor berita Jerman agensi (dpa).
Karya awal abad ke-20, Insel im Attersee (“Pulau di Tasik Attersee”) berjaya dibida pengumpul dari Jepun dengan harga AS$53.2 juta, rumah lelong Sotheby’s mengumumkan hari ini.
Ia dijual selepas bidaan berlangsung selama tujuh minit, menurut rumah lelong itu. – Bernama
