Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lukisan Basquiat dijual AS$85 juta

    NEW YORK, 19 MEI – Lukisan Jean-Michel Basquiat bertajuk ‘Untitled’ 1982 dijual dengan harga AS$85 juta pada satu pelelongan di New York semalam, jauh melebihi harga anggarannya sebelum jualan.

    Firma pelelongan Phillips menjual lukisan sebesar 16 kaki lebar itu bagi pihak Yusaku Maezawa, jutawan Jepun, yang membelinya pada 2016 dengan harga AS$57.3 juta.

    Firma lelong berkata lukisan itu dianggarkan dijual pada harga AS$70 juta pada Mac.

    Maezawa, pengasas firma fesyen dalam talian terbesar di Jepun, berkata memiliki lukisan tersebut sejak enam tahun lalu merupakan satu perasaan ‘menyeronokkan.’

    Namun karya seni ‘sepatutnya dikongsi bersama orang lain supaya ia boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang,’ tambahnya.

    Sebelum jualan, karya seni itu dipamerkan di London, Los Angeles dan Taipei.

    Maezawa, yang mencatat rekod pelelongan baharu pada 2017 untuk karya seni Basquiat apabila dia membayar AS$110.5 juta untuk satu lagi lukisan oleh syarikat gergasi abad ke-20 itu, berkata dia merancang menubuhkan sebuah muzium baharu untuk mempamerkan koleksinya. Dia menubuhkan Yayasan Seni Kontemporari di Tokyo dan dimasukkan dalam senarai ‘Pengumpul 200 Teratas’ oleh majalah ARTNews yang berpangkalan di New York. – AFP

    Seorang pengunjung melihat lukisan Basquiat berjudul ‘Untitled’ yang dilelong oleh firma Phillips dengan harga AS$85 juta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...