ROM, 20 JAN – Polis Itali berjaya menemui salinan lukisan Leonardo da Vinci Salvator Mundi berusia 500 tahun dalam pangsapuri Naples dan mengembalikannya kepada sebuah gereja yang tidak sedar ia telah dicuri.
Pegawai berkata mereka telah menahan pemilik pangsapuri berusia 36 tahun kerana disyaki menerima barangan curi, selepas lukisan ditemui dalam almari bilik tidurnya.
Lukisan itu adalah sebahagian daripada koleksi Muzium Doma di kompleks gereja San Domenic Magiore di Naples.
Ia adalah salinan kerja Leonardo yang terkenal yang pada tahun 2017 menjadi lukisan paling mahal dijual, dengan harga AS$450 juta pada pelelongan Christie’s.
Namun koleksi itu tidak menerima pelawat selama beberapa bulan disebabkan sekatan koronavirus dan tidak ada sesiapa yang telah melaporkan kehilangannya.
Masih tidak jelas bagaimana polis mendapat tahu tentang kecurian lukisan, tetapi mereka berkata ia adalah ‘operasi yang amat kompleks.’
“Lukisan tersebut berjaya ditemui pada Sabtu hasil daripada operasi polis yang cekap,” kata pendakwa Naples Giovanni Melillo. – AFP





























