Lukisan berusia ribuan tahun ditemui

IPOH, 6 SEPT – Sebuah persatuan warisan menemukan lukisan gua yang dianggarkan berusia antara 2,500 hingga 4,000 tahun di Gua Kanthan, Chemor di sini.

Pelbagai lukisan terdapat pada dinding dan lelangit gua tersebut seperti diconteng arang hitam dan berwarna merah berbentuk kapal, manusia, matahari, haiwan serta turut dijumpai kulit siput dipercayai jenis ‘Brotia Spinola’ dan rangka tuntung.

Penasihat Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT) Ching Boon Tat berkata lukisan itu ditemukan semasa beliau serta dua rakannya sedang menjalankan eksplorasi di kawasan berkenaan, dua minggu lepas.

“Ini merupakan lukisan gua yang pertama djumpai di Gua Kanthan. – Bernama