Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lukisan Chagall dijual AS$7.4 juta

    NEW YORK, 16 NOV – Sebuah lukisan oleh Marc Chagall, salah satu daripada 15 karya seni yang dicuri oleh Nazi dan akhirnya dipulangkan oleh Perancis kepada pewaris keluarga yang terjejas, dijual pada harga AS$7.4 juta pada pelelongan di New York semalam.

    Penjualan di firma pelelongan Phillips itu adalah sebahagian daripada pelelongan musim luruh, yang melihat pemain industri besar menjual ratusan kerja seni dengan harga berbilion dolar dalam beberapa hari di Manhattan.

    Semalam, Phillips menjual 46 kerja seni pada harga kira-kira AS$139 juta. Kerja seni paling mahal, lukisan oleh Cy Twombly, ‘Untitled’ (2005), yang pernah dimiliki ahli perniagaan Perancis Francois Pinault, dijual pada harga AS$41.6 juta.

    Lukisan minyak Chagall 1911, ‘The Father,’ dibeli oleh pembuat biola Poland-Yahudi pada 1928, David Cender, yang kehilangan lukisan itu apabila dia terpaksa berpindah ke ghetto Lodz.

    Diusir ke Auschwitz, di mana isteri dan anak perempuannya terbunuh, pembuat biola itu berpindah ke Perancis pada 1958, di mana dia meninggal pada 1966 tanpa memiliki semula lukisan tersebut.

    Kerja seni itu muncul semula dalam pameran dan ternyata Marc Chagall sendiri yang telah membelinya, mungkin di antara 1947 dan 1953 – tanpa mengetahui asal-usulnya, menurut Phillips dan kementerian kebudayaan Perancis.

    Chagall melukis potret bapanya pada tahun dia tiba di Paris. Dia ‘kagum dengan pemodenan bandar pada masa itu dan karya seni yang dihasilkannya adalah amat unik.

    “Kebanyakannya rosak apabila dia meninggalkan Paris untuk kembali ke Rusia pada 1914,” kata Evarts, berkata dia yakin ‘The Father’ akan menarik minat muzium dan pengumpul seni.

    Phillips tidak mendedahkan butir-butir mengenai siapa yang membeli lukisan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...