Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lukisan dakwat pamer sejarah dan budaya China

    CHINA – Satu pertunjukan seni yang memfokuskan lukisan dakwat Cina dan menampilkan ramai pelukis berpengaruh dari abad ke-20 dibuka di Muzium Seni Akademi Seni Halus Guangzhou pada hari Khamis lalu, yang menawarkan pameran visual kepada pengunjung dari Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area.

    Pameran itu menampilkan 66 lukisan dakwat hasil ciptaan 52 artis yang mempengaruhi perkembangan lukisan dakwat China sejak abad lalu, termasuk nama besar seperti Qi Baishi, Lin Fengmian, Xu Beihong, Li Keran, Wu Guanzhong dan Guan Shanyue.

    Subjek meliputi landskap, burung dan bunga serta potret. Pertunjukan itu menawarkan pengunjung gambaran sekilas tentang perkembangan seni Cina moden pada separuh pertama abad ke-20.

    Guan, pakar lukisan gaya Lingnan yang ikonik, amat digemari oleh penduduk di wilayah Guangdong dan Fujian di selatan China.

    Pertunjukan itu dianjurkan bersama oleh China Arts and Entertainment Group Ltd, dan banyak karya dalam pertunjukan tersebut telah dipilih daripada koleksi kumpulan itu.

    Pameran itu merupakan sebahagian daripada Festival Kebudayaan dan Kesenian Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao kedua yang bermula pada 31 Ogos lalu.

    Ia akan berlangsung sehingga 8 Oktober ini dan akan dipamerkan di sebuah muzium di Dongguan, wilayah Guangdong. – ANN/The China Daily

    Subjek yang dipamerkan pada lukisan meliputi landskap, burung dan bunga serta potret. – ANN/The China Daily
    Antara lukisan yang dipamerkan yang dihasilkan oleh Wu Guanzhong. – ANN/The China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...