Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lukisan karya Basquiat bakal dilelong AS$70j

    TOKYO, 1 MAC – Pelancong angkasa jutawan Jepun, Yusaku Maezawa akan menjual hasil lukisan karya Basquiat yang dimilikinya, menurut rumah lelong, berharap untuk mendapatkan keuntungan sebanyak AS$13 juta bagi penjualan tersebut.

    Lukisan berukuran 16 kaki lebar bertajuk ‘Untitled’ dilukis oleh Jean-Michel Basquiat pada 1982 akan dijual pada 18 Mei dengan harga yang ditaksirkan kira-kira AS$70 juta, menurut rumah lelong Phillips dalam kenyataan kelmarin di New York.

    Ini akan memberikan keuntungan bersih buat Maezawa untuk hasil lukisan itu yang dibelinya pada 2016 dengan harga AS$57.3 juta.

    Pengasas gedung fesyen dalam talian itu berkata dalam kenyataan bahawa sejak memiliki lukisan itu enam tahun lalu, ia merupakan ‘suatu kebangaan hebat’.

    Namun, hasil karya itu “perlu dikongsi agar ia boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang,” tambahnya.

    Menjelang penjualan itu, lukisan itu akan membuat penjelajahan antarabangsa, dipamerkan di London, Los Angeles dan Taipei, menurut kenyataan.

    Maezawa, yang pada 2017 memecah rekod lelongan untuk karya Basquiat di mana dia membayar AS$110.5 juta untuk satu lagi lukisan oleh pelukis agung abad ke-20, turut berkata dia merancang membina sebuah museum baharu untuk mempamerkan koleksinya.

    Dia mengasaskan Yayasan Seni Kontemporari di Tokyo dan dalam senarai ‘200 Pengumpul Teratas’ pada 2017 oleh majalah ARTnews yang berpangkalan di New York.

    Dia mencuri tumpuan baru-baru ini kerana menjadi pelancong angkasa pertama sampai di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa bersama agensi angkasa Rusia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...