Lukisan karya Cailebotte dijual AS$53 juta

NEW YORK, 12 NOV – Muzium Getty di Los Angeles membeli lukisan karya Gustave Cailebotte, ‘Young Man at His Window’ bernilai AS$53 juta semasa jualan lelong anjuran Christie’s di New York, semalam, memecahkan rekod pelukis Perancis sebelum ini.

Lukisan tersebut adalah sebahagian daripada seni ‘Cox Collection of Impressionist’, diberi nama sempena ahli perniagaan dari Texas, Ed Cox yang meninggal dunia pada 2020. Lelongan juga termasuk tiga karya lukisan Vincent van Gogh, yang dibeli pada nilai lebih AS$150 juta.

Antaranya adalah lukisan minyak pada kanvas ‘Wooden Cabins among the Olive Trees dan Cypresses’ yang dijual pada harga AS$71.3 juta, menjadi hasil salah seorang pelukis paling mahal. Lukisan lain oleh Paul Cezanne, ‘L’Estaque with Red Roofs’, dijual pada harga AS$55.3 juta.

Lebih daripada 20 lukisan sejarah pelukis – termasuk hasil lukisan Claude Monet, Edgar Degas, Pierre-Auguste Renoir dan Berthe Morisot – yang meraih AS$332 juta semasa lelongan, yang berlangsung di Pusat Rockefeller di Manhattan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Muzium Getty meraikan kejayaan lukisan Cailebotte, yang mereka panggil sebagai ‘karya agung realisme bandar moden kurun ke-19, dianggap sebagai lukisan paling penting pelukis Perancis di tangan pengumpul peribadi’. – AFP