Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lukisan pena mata bulat menakjubkan

    LATVIA – Artis Latvia, Marite Desaine amat berbakat dalam lukisan menggunakan pena mata bulat yang boleh dianggap sebagai lukisan kompleks.

    Menurut laporan Oddity Central, jika digunakan dengan betul, pena mata bulat itu boleh menjadi alat seni yang mengagumkan. Beberapa buah lukisan pena mata bulat yang amat cantik telah dipaparkan sebelum ini, tetapi tidak ada satu pun yang setanding dengan seni oleh Marite Desaine.

    Artis Latvia itu pertama kali memukau internet dengan lukisan luar biasa pada 2014, tidak lama selepas dia lulus dari sekolah seni, apabila beberapa laman sesawang dan blog seni terkenal membeli karyanya. Atas sebab-sebab tersendiri, gayanya adalah unik dan karyanya nampak lebih seperti lukisan cat berwarna-warni daripada lukisan lakaran.

    Ini menunjukkan dengan jelas bahawa banyak masa dan usaha telah dicurahkan dalam seni kerja yang sungguh mengagumkan ini, dan Desaine sendiri mengaku setiap lukisan mengambil masa kira-kira 30 jam untuk siap. Dan ia mungkin menjadi salah satu sebab mengapa artis berbakat itu beralih daripada bentuk seni yang membawa kejayaan besar kepadanya.

    Walaupun lukisan pena mata bulat Marine Desaine masih tersebar di media sosial, kebanyakannya sudah wujud sekurang-kurangnya enam atau tujuh tahun lalu. Apabila melayari Instagram Marine Desaine, awda tidak akan menemui banyak lukisan pena mata bulat. Sekarang dia banyak menceburkan diri dalam lukisan cat dan lukisan digital atas sebab-sebab tertentu.

    Melalui akaun Instagramnya, Desaine menyatakan sebab-sebab mengapa dia beralih daripada lukisan pena mata bulat sebagai satu bentuk seni, namun memberi petunjuk dia mungkin kembali kepada karya tersebut satu hari nanti.

    “Pada masa dulu, saya seorang artis pena mata bulat, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah bergelut untuk menumpu perhatian ketika melukis,” tulis artis muda itu.

    “Sejak saya mengadakan penstriman di Twitch selama beberapa minggu, saya mendapati ia juga memberikan gangguan dan saya memang ada perancangan untuk melukis dengan pen sekali lagi.”

    Diharapkan dia akan kembali kepada lukisan pena mata bulatnya kerana ia benar-benar satu seni yang amat unik! – Agensi

    Gabungan warna menarik untuk lukisan rumah Marite Desaine. – Agensi

    Selain daripada landskap, Desaine turut menyerlahkan lukisan haiwan dan alam semula jadi. –Agensi
    Lukisan-lukisan dilhasilkan oleh Desaine menggunakan pena mata bulat yang unik dan sangat kreatif. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...