Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lukisan terkenal berubah wajah

    MOSCOW, 11 FEB – Sebuah galeri Rusia berkata salah seorang pengawal keselamatannya telah merosakkan lukisan avant-garde yang dipinjam daripada tempat simpanan seni terkenal negara dengan sengaja melukis mata pada wajah tidak menarik lukisan tersebut. Ia berkata kerosakan boleh dibaiki.

    Pusat Yeltsin di Ekaterinburg berkata perbuatan merosakkan lukisan ‘Three Figures’ oleh Anna Leporskaya berlaku pada 7 Disember. Ia berkata suspek itu bekerja dengan sebuah syarikat swasta yang menyediakan keselamatan di galeri.

    Lukisan itu, bertarikh 1930an, menunjukkan tiga anggota badan dan kepala dengan rambut tetapi tanpa ciri-ciri wajah; suspek melukis mata di dua daripada lukisan dengan pena mata bulat. Pusat Yeltsin berkata lukisan telah dihantar untuk dibaikpulihkan di Galeri Tretyakov di Moscow, yang memilikinya.

    Laman berita Rusia RBK berkata kes jenayah telah dibuka atas pertuduhan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan. Gambar itu dilaporkan mempunyai insurans bernilai AS$1 juta.

    Leporskaya, yang hidup dari 1900 hingga 1982, merupakan pelajar Kazimir Malevich, artis abstrak Rusia yang paling terkenal dengan kerja seninya 1915 ‘Black Square.’ – AP

    Gambar serahan The Art Newspaper Rusia menunjukkan sebahagian lukisan ‘Three Figures’ selepas pengawal keselamatan merosakkan lukisan itu dengan melukis mata pada wajah lukisan di Pusat Yeltsin, Yekaterinburg, Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...