Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lula intai semula jawatan presiden

    BRASÍLIA, 17 Ogos – Bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva tidak pernah mengambil jalan mudah dan terbukti lagi hari ini apabila seorang budak penggilap kasut dan menjadi ahli politik yang disegani tampil dengan cabaran paling berani dengan bertekad untuk menawan semula jawatan presiden dan mengelak hukuman penjara.

    Pilihan raya presiden tidak akan dilaksanakan sehingga Oktober 2018 dan ramai calon berpotensi masih belum mengesahkan keinginan masing-masing apatah lagi masa berkempen masih tidak dibenarkan.

    Tetapi apabila Lula memulakan jelajahnya lewat hari ini dengan bas di sekitar 20 bandar di timur laut, tidak diragui lagi apa yang dia mahukan.

    Dengan bermodelkan jelajah maraton ke 359 buah bandar yang dibuatnya dua dekad yang lalu, perjalanan bas “Lula untuk Brazil” adalah aksi pembukaan kemunculan semulanya yang hebat.

    Lula ketika mengambil bahagian dalam kongres Parti Pekerja yang dilihat ramai sebagai langkah pertama beliau untuk bertanding sebaga presiden dan mengelak hukuman penjara. – AFP
    Lula ketika mengambil bahagian dalam kongres Parti Pekerja yang dilihat ramai sebagai langkah pertama beliau untuk bertanding sebaga presiden dan mengelak hukuman penjara. – AFP

    Seorang jurucakap berkata, beberapa perhimpunan diadakan di universiti semasa era beliau dari 2003 hingga 2010, pertemuan dengan para petani kecil-kecilan dan mempertahankan projek anti-kemiskinan yang kini terancam kerana pemotongan bajet kerajaan.

    Dalam erti kata lain, Lula yang berusia 71 tahun akan kembali ke pangkalan parti berhaluan kiri yang pernah menjadikannya ahli politik Amerika Latin paling berpengaruh.

    “Dia seorang calon yang perlu mendekati semua orang termasuk anak damit. Hubungan fizikal semata-mata boleh menjana imej ikonik dan akan memperkuatkan lagi aura Lula sebagai seorang pemimpin mesianik,” kata Paulo Moura, seorang pakar pemasaran politik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda