Lumba pacuan 4 roda meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei baru-baru ini telah menganjurkan perlumbaan amatur pacuan empat roda dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Ulu Sukang di Ulu Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Sukang, Haji Mohd Noh bin Datu Maharaja Setia Dian; Presiden Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei, Awang Mohd Azmi bin Milami; Naib Presiden, Haji Abdul Aziz bin Haji Bungsu; Penasihat persatuan, Haji Jamahat bin Haji Liman dan Guru Besar Sekolah Rendah Datu Maharaja Setia Dian Sukang, Ulu Belait, Dayang Rosnah binti Datu Maharaja Setia Haji Muhd Simpok.

Perlumbaan berkenaan turut dimeriahkan dengan pertandingan menangkap ikan dan aktiviti-aktiviti lain bersama penduduk kampung tersebut. Selain itu, ia diteruskan dengan penyampaian derma kepada golongan fakir miskin yang disumbangkan oleh Persatuan Amal Lotus Light.

Penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang kejohanan yang ditaja oleh Bruparts Autotech Enterprise, Bungan Trading Autoparts dan D’Tanjong 4Wheel Autopart & Services itu telah disempurnakan oleh Haji Mohd Noh.

Haji Mohd Noh menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan.
Sesi bergambar ramai bersama para peserta.