Luminox Navy SEALs 3600 Series diperkenalkan

SINGAPURA, 24 JUN – Tentera Laut Navy SEALs adalah pembela unggul Amerika, rela bersusah payah untuk memelihara kebebasan. Bertahun-tahun lamanya, Luminox telah membekal Tentera Laut Navy SEALs dan menyokong misi mereka dengan memajukan jam tangan berkualiti terbaik yang dicipta untuk bertahan kekuatan yang diharungi oleh wira berkenaan.

Luminox kini memperkenalkan koleksi baharu jam tangan Navy SEAL 3600 series. Koleksi itu direka dengan tumpuan kepada butir-butir sementara menumpu pada kefungsian. Navy SEAL 3600 Series adalah koleksi pertama yang mempunyai susunan vertikal teknologi cahaya Luminox yang menggunakan tiub lampu tritium. Hasilnya adalah wajah yang berlainan, membuka permukaan jam sementara masih menjamin penglihatan waktu malam sehingga 25 tahun. Teknologi LLT Luminox tidak bergantung pada ciri-ciri luaran untuk memberikan kilauan.

Jam tangan Navy SEAL 3600 Series datang bersama kotak yang dibuat daripada Carbonox, sejenis bahan berasaskan karbon yang eksklusif untuk Luminox, iaitu ringan, tidak menimbulkan alahan dan amat tahan. Disebabkan gentian karbon boleh dilihat di permukaan kotak, ia kelihatan menarik dari segi tekstur. Model berkenaan kalis air sehingga 200 meter.

Jam Navy SEAL 3600 Series datang dalam tiga variasi – hitam dengan tali kuning; hijau buah zaitun dengan tali merah; dan biru dengan tali jingga, dan sama ada dengan tali getah asli atau pun tali NATO. Kesemua tiga versi memaparkan permukaan hidraulik yang dilindungi oleh kristal batu nilam dengan penyalut anti-pantulan dan kaca nilam untuk paparan tarikh.

Luminox kini memperkenalkan koleksi baharu jam tangan Navy SEAL 3600 series.