Luminox perkenal koleksi inspirasi Lautan Pasifik

SINGAPURA, 28 SEPT – Dengan berinspirasikan Lautan Pasifik, Luminox telah memperkenalkan koleksi jenama baharu dalam siri SEA iaitu Luminox Pacific Diver 3120 Series dengan empat versi warna.

Siri baharu itu menampilkan bingkai keluli tahan karat 44mm bersama bezel CARBONOX putaran sehala. Pada rangka depan dan belakangnya terdapat skru, dihiasi kristal biru nilam dan kalis air sehingga 200m yang sangat sesuai untuk aktiviti penyelaman.

Perlakuran rekaannya yang dilengkapi dengan Luminox Light Technology menjadikan siri ini tampil berkilat, menarik dengan penglihatan cahaya malam tahan sehingga 25 tahun.

Menurut kenyataan yang diterima, Luminox Pacific Diver 3120 Series sesuai dipakai sebagai jam tangan harian sama ada di rumah, pejabat, gim dan sudah tentu di Lautan Pasifik.

Koleksi Pacific Diver 3121.BO. – Gambar serahan Crystal Time (S) Pte Ltd