Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Luna Maya akui kembali berhubung dengan Ariel

    Pelakon dan model, Luna Maya memberitahu dia pernah menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap bekas kekasihnya, Ariel yang juga merupakan vokalis kumpulan Noah.

    Bagaimanapun itu adalah kisah lama antara mereka. Kini kedua-dua telah berbaik dan saling berhubung.

    “Kami bercinta dalam tempoh masa yang panjang. Banyak sejarah antara kami. Pernah ada rasa marah dan menyimpan dendam padanya.

    “Sekarang kami dalam fasa hubungan yang baik. Kami selalu berbual dan bertanya khabar,” kata Luna.

    Dalam masa sama, Luna juga tidak menolak jika terbit semula rasa cinta atau jodoh menemukan mereka nanti.

    Luna tidak menolak jika terbit semula rasa cinta atau jodoh menemukan mereka nanti. – Agensi

    “Saya tidak tahu soal jodoh. Dahulu saya pernah katakan tidak mahu bersama Ariel kerana terlalu marah.

    “Untuk kembali bersama mestilah kedua-duanya setuju. Kami belum ke arah itu,” jelasnya.

    Bercakap tentang kisah cinta sebelum ini, Luna memberitahu dia sering salahkan diri sendiri apabila hubungan yang terjalin tidak bertahan lama.

    “Adakah saya terlalu memilih? Ada mana-mana ibu bapa yang mahu anaknya bercinta dengan saya?

    “Apabila difikirkan semula, saya anggap tiada jodoh. Bukan salah saya, bukan salah pasangan atau ibu bapanya.

    “Saya tidak kisah jika orang bertanya. Tidak semestinya perlu ikut cakap orang.

    “Jika bercinta saya lebih senang kenal dahulu. Lebih elok hubungan tidak menjadi ketika bercinta dari berpisah selepas berkahwin,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...