Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Luna Maya didakwa suka tabur fitnah

    Penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Denise Chariesta secara lantang dan terbuka memberi amaran kepada Luna Maya agar tidak masuk campur dalam urusan kerjayanya.

    Tindakan berani Denise itu dikatakan berpunca daripada perbuatan Luna sendiri yang didakwa menghasut rakan-rakan artis lain supaya tidak menjemputnya dalam sesi podcast mereka.

    “Luna menghubungi teman-teman artis lain supaya tidak menjemput saya untuk sesi podcast mereka,” katanya seperti dilaporkan Suara.

    Denise memberitahu dia yakin tindakan Luna menghasut itu disebabkan dia pernah menjalinkan hubungan dengan suami kepada penyanyi Ayu Dewi iaitu RD sebelum ini.

    Dalam pada itu, Denise secara terbuka meminta Luna menghubunginya sendiri dan tidak lagi menjadi orang tengah menyampaikan berita palsu.

    “Apa yang berlaku tiada kaitan dengan dirinya, jangan sibuk hal orang! Adakah dulu Luna putus cinta kerana selalu ambil tahu hal orang lain?” – Agensi

    Denise meminta Luna menghubunginya sendiri daripada terus menabur fitnah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...