Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Luna Maya digosip dengan Gading Marten

    Sejak akhir-akhir ini, Luna Maya didakwa menjalin hubungan mesra dengan Gading Marten.

    Dakwaan ini semakin tersebar setelah mereka berdua kelihatan semakin akrab ketika berada di Jepun baru-baru ini.

    Walau bagaimanapun, Luna Maya tidak menafikan bahawa mereka berdua memang pergi ke Jepun bersama-sama tetapi bukan berdua-duaan mahupun bercuti bersama, bahkan hanya atas urusan kerja sesebuah projek.

    Dia juga mengaku sengaja bergambar bersama Gading dengan memperlihatkan keakraban mereka, tapi cuma hanya untuk kandungan media sosial dan tidak bermaksud mereka sedang menjalinkan hubungan.

    Luna menambah, Desta Mahendra dan Vincent Rompies juga turut serta dalam projek ini.

    Dia juga meluahkan bahawa mungkin status dirinya dan Gading, yang sememangnya adalah sahabat karib sejak sekian lama, masih ‘single’ yang membuatkan orang beranggapan lain dengan keakraban mereka.

    Luna juga sempat memberi komen mengenai Gading yang merupakan seorang yang baik dan menyenangkan.

    Bahkan, ayah kepada seorang anak itu juga seorang yang sangat prihatin dengan sahabat-sahabatnya. – Agensi

    Luna maya terkejut dengan gosip dirinya bersama sahabat karibnya iaitu Gading Martin setelah gambar mereka berdua di Jepun di salah erti oleh sesetengah pihak. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...