Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Luna Maya dikejarkan ke hospital selepas sahut cabaran makan pedas

    Gara-gara menyahut cabaran makan makanan pedas, pelakon Indonesia Luna Maya terpaksa dikejar ke hospital selepas mengadu sakit perut.

    Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu ketika dia menjadi tetamu untuk sebuah program YouTube kendalian Bobon Santoso.

    Menceritakan detik cemas tersebut, Bobon berkata pada awalnya Luna bersetuju terlibat dalam cabaran tersebut dan dia sendiri tidak menyangka masalah itu akan timbul selepas selesai penggambaran.

    Dalam masa sama, Bobon juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ia hanya sekadar lakonan bagi tujuan kandungan video tersebut.

    “Fakta kejadian itu adalah benar dan ia bukan dirancang. Luna kepedasan, jatuh sakit dan ambulans datang itu semuanya benar.

    “Saya tidak tahu Luna juga ada masalah asma dan dia menyahut cabaran makan keropok pedas sehingga menjejaskan kesihatannya.

    “Ketika itu saya jadi panik dan terus menghubungi ambulans,” katanya.

    Bagaimanapun Bonbon telah memohon maaf kepada Luna dan meminta rakaman video tersebut terus di tayangkan di saluran YouTube miliknya. – Agensi

    Luna Maya terpaksa dikejar ke hospital selepas mengadu sakit perut apabila  menyahut cabaran makan makanan pedas.– Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...