Luna Maya hitung tarikh bahagia

Kehidupan peribadi pelakon Luna Maya sering menjadi tumpuan warganet terutama membabitkan kisah cintanya.

Luna, 37, diketahui pernah bercinta dengan beberapa selebriti antaranya Reino Barack dan Ariel Noah, namun berakhir dengan kegagalan.

Memetik laporan KapanLagi, nama bintang terkenal Indonesia ini  kembali menjadi perbualan hangat gara-gara muat naik di Instagram Story baru-baru ini, berkenaan hari bahagianya yang bakal tiba.

Berita gembira itu sepatutnya ditujukan kepada rakan terdekat, namun foto berkenaan tersebar kepada umum dan dikongsi semula oleh peminat di Instagram. Menerusi hantaran dibuat Luna itu, warganet tertarik dengan cincin yang tersarung di jari manis Luna berserta kapsyen yang ditulis.

“Big day (Hari besar) 26/8… bismillah,” tulisnya ringkas. Warganet yang sememangnya bijak, dapat mengagak Luna akan bertunang atau menamatkan zaman bujang pada tarikh berkenaan.

“Minta doa saja ya teman-teman. Tunggulah tarikh itu nanti,” jawabnya ringkas. – Agensi

Warganet menjangkakan Luna akan bertunang atau menamatkan zaman bujang pada tarikh berkenaan. – Agensi