Thursday, November 30, 2023
31.3 C
Brunei

    -

    Luna Maya tak malu kentut depan orang ramai

    Pelakon Indonesia, Luna Maya tidak pernah berasa malu jika ingin membuang angin atau kentut ketika berada di tempat awam.

    Luna atau Luna Maya Sugeng, 40, sebaliknya berkata, kentut merupakan tanda menunjukkan tubuh badan seseorang itu sihat.

    “Menurut doktor kentut itu menandakan tubuh badan awda sihat. Jadi tak boleh tahan, lepaskan sahaja!

    “Masalah bau atau bunyi itu perkara nombor dua. Paling penting saya tahu badan saya sihat. Kentut saja, saya tak pernah tahan,” katanya menurut laporan mStar.

    Pelakon sensasi itu berkongsi mengenai perkara itu ketika muncul dalam siri podcast bersama Tuah Kreasi baru-baru ini.

    Dalam pada itu, pelakon filem Suzanna: Bernapas Dalam Kubur itu memberitahu dia lebih selesa dengan cuaca panas berbanding sejuk kerana ia akan membuatkan perutnya cepat kembung.

    Malah kata Luna, pemandu peribadinya merupakan individu yang sering menjadi ‘mangsa’ terpaksa menghidu bau kentutnya.

    “Perut saya senang kembung dan disebabkan itu saya tidak suka dengan cuaca sejuk. Kalau guna penghawa dingin pun biasanya suhunya tidak terlalu rendah.

    “Orang yang biasa kena ‘bom’ adalah pemandu saya,” kongsinya. – Agensi

    Luna mengakui tidak akan menahan diri daripada terkentut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Adik Kim tolak tawaran dialog AS dengan Korea Utara

    PYONGYANG, 30 NOV - Adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang berkuasa pada hari ini menolak gesaan Amerika Syarikat (AS) untuk kembali...