Luna Maya terpaksa tangguh hasrat bina rumah di Bali

PelakonLuna Maya memberitahu dia terpaksa menunda hasratnya untuk membina sebuah rumah berkonsepkan tropis moden di Bali akibat krisis Covid-19 yang sedang melanda.

Menurut laporan Tribunnews, dia turut berkongsi konsep rekaan rumah yang diidamkan antaranya perlu minimal dan setiap sudut cantik untuk bergambar.

“Saya tak berasa sukar rekaan bentuk yang minimalis, saya lebih selesa dengan rekaan yang banyak fungsi dan tropis moden.

“Di Bali banyak yang sesuai dengan minat saya. Selain itu, saya tidak suka banyak halangan, mahu yang simple.

“Jika dibuat untuk sesi bergambar di pelbagai sudut, ruangan itu masih terlihat cantik tapi buat masa ini, hasrat tu terpaksa ditangguh dahulu sebab penularan wabak Covid-19,” katanya.

Perkara itu disampaikan ketika Luna membuat siaran langsung bersama arkiteknya di laman Instagram baru-baru ini. – Agensi

Luna Maya tangguh hasrat bina rumah di Bali. -Agensi