Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lupa atau buat-buat lupa, senghaja?

    Pematuhan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) masih diketatkan di mana-mana tidak kira di bangunan-bangunan kerajaan mahupun di gedung-gedung membeli belah meskipun telah memasuki Fasa Endemik.

    Namun, sesetengah orang di negara ini ada yang masih leka dengan pematuhan langkah-langkah SOP seperti pemakaian pelitup muka ketika berada di luar, di mana ada yang tidak memakai dengan cara yang betul malah ada yang tidak memakai langsung.

    Sehubungan itu, adakah mereka terlupa untuk memakai atau sengaja tidak mematuhi arahan kerajaan?

    Sebenarnya tidak salah kita sebagai orang awam untuk menegur sesiapa yang tidak mematuhi SOP yang diarahkan oleh kerajaan.

    Tindakan kita itu dapat menunjukkan kita sebagai individu yang peka dengan arahan kerajaan dan dalam masa yang sama menunjukkan solidariti kita bermasyarakat dalam sama-sama membendung penularan wabak.

    Ia sekali gus dapat menggandakan usaha menghapuskan COVID-19 dalam hidup kitani.

    Jika kita hanya menghebohkannya di laman-laman media sosial dan sebagainya bukanlah satu penyelesaian yang jitu, kerana boleh-boleh saja seseorang itu terlupa atau leka dengan arahan SOP dan apa yang pen-ting saling ingat mengingati semasa masyarakat.

    Bayang

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...