Luqman Hakim sah sertai kelab Belgium

KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Pemain bola sepak remaja sensasi Malaysia Luqman Hakim Shamsudin hari ini melengkapkan proses perpindahannya ke kelab profesional Belgium, KV Kortrijk dengan  mengikat kontrak lima tahun bersama kelab tersebut.

Pada usia 18 tahun, Luqman Hakim pemain utama skuad Bawah 19 (B-19) Kebangsaan Malaysia, akan menjadi rakyat Malaysia pertama bermain di Divisi Utama A, Belgium.

Difahamkan Luqman Hakim akan menerima pendapatan pada sekitar RM20,000 hingga ke RM23,000 sebulan, selain disediakan sebuah apartment dan kereta.

Beliau telah diperkenalkan sebagai seorang pemain ‘De Kerels’ pada satu majlis yang turut dihadiri pemilik KV Kortrijk Tan Sri Vincent Tan, Duta Besar Belgium ke Malaysia Pascal H. Gregoire dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon. – Bernama