Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Lusail anjur perlawanan pertama Piala Dunia Qatar

DOHA, 20 JULAI – Perlawanan rasmi pertama di stadium Lusail yang menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia tahun ini akan diadakan pada bulan hadapan, menurut kenyataan persekutuan kebangsaan Qatar kelmarin.

Dalam perlawanan itu nanti, Al Rayyan dan Al Arabi akan bersaing bagi merebut Liga Bintang Qatar yang pada 11 Ogos nanti di stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 orang penonton.

Stadium Lusail adalah yang terbesar daripada lapan buah stadium yang dibina atau diubah suai untuk kejohanan Piala Dunia dan akan menganjurkan perlawanan akhir pada 18 Disember.

Sementara itu, jurucakap penganjur Piala Dunia Qatar berkata, perlawanan pada bulan hadapan itu akan menjadi ‘acara ujian’ dan perasmian stadium berkenaan akan diadakan kemudian.

Stadium Lusail, yang reka bentuk futuristiknya diilhamkan daripada hiasan pada mangkuk Arab, akan mengadakan 10 perlawanan Piala Dunia kesemuanya, termasuk beberapa perlawanan kumpulan, suku akhir dan separuh akhir serta perlawanan akhir.

Selepas kejohanan itu nanti, kapasiti dijangka dikurangkan separuh dan sebahagian besar ruang stadium akan ditukar menjadi ruang komuniti. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -