Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lusia Harris meninggal dunia

    LOS ANGELES, 19 JAN – Lusia Harris, satu-satunya pemain wanita yang dimasukkan ke dalam Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan, meninggal dunia kelmarin di negeri asalnya, Mississippi pada usia 66 tahun, menurut pengumuman dari keluarganya.

    Tiada maklumat dinyatakan mengenai punca kematian.

    “Kami dengan dukacita ingin berkongsi khabar berita sedih mengenai keluarga kami, seorang ibu, kakak, ibu, nenek, pemenang pingat Olimpik, ratu bola keranjang, Lusia Harris telah meninggal dunia secara mengejut hari ini di Mississippi,” kata keluarga Harris dalam satu kenyataan.

    “Sejak bulan-bulan kebelakangan ini telah memberikan Harris kegembiraan, termasuk dengan berita perkahwinan anak lelaki bongsunya dan pengiktirafan yang diterima oleh dokumentari baru-baru ini yang membawa perhatian seluruh dunia kepada kisah hidupnya.”

    Harris dikenali sebagai pemain terbaik untuk menjaringkan mata pertama dalam kejohanan bola keranjang wanita di Olimpik semasa Sukan Montreal 1976. Dia juga disenaraikan dalam pasukan New Orleans Jazz pada tahun 1977, menjadikan dia sebagai wanita pertama dan satu-satunya calon yang dipilih dalam NBA.

    Harris tidak menghadiri kem latihan Jazz kerana dia mengandung pada saat itu. Dia bermain seketika dalam Liga Bola keranjang Profesional Wanita dan memenangi tiga gelaran kolej kebangsaan AS bersama Delta State. – AFP

    Gambar fail Lusia Harris Stewart menunjukkan beberapa pingat dan anugerah semasa kerjaya bola keranjangnya, 10 Januari 2002, di rumahnya di Greenwood. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...