Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    LX 600 masuki pasaran Brunei

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Lexus Brunei telah memperkenalkan Lexus LX 600 serba baharu pada majlis yang diadakan di Bilik Pameran Lexus, Gadong, hari ini.

    LX baharu itu merangkumi komitmen Lexus untuk memenuhi keperluan kepelbagaian dan gaya hidup para tetamu.

    Ia direka untuk memberikan keselesaan yang luar biasa kepada penumpang kenderaan dan memperkaya gaya hidup mereka.

    Sambil mengekalkan struktur body-on-frame yang tradisional untuk memastikan kebolehpercayaan, ketahanan dan prestasi pemanduan, ia memperbaharui ciri-cirinya dengan mengguna pakai platform GA-F baharu, merealisasikan pengurangan berat kira-kira 200kg, dan mencapai badan ketegaran tinggi yang dibangunkan melalui kaedah reka
    bentuk digital yang terkini.

    LX 600 serba baharu itu akan tersedia dengan enjin petrol turbo kembar 3.5 liter V6 yang mempunyai output dan tork yang tinggi.

    Brek dikawal secara elektronik (ECB) dan sistem stereng kuasa elektrik (EPS) juga diguna pakai bagi memastikan pemandu akan dapat menikmati prestasi pemanduan unik Lexus sepenuhnya, baik di atas jalan dan luar jalan.

    Penggunaan rangkaian kuasa baharu yang tersedia dengan ECB dan EPS, akan menyumbang kepada prestasi alam sekitar yang lebih baik.

    Untuk mempromosikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan selesa, panel instrumen menampilkan paparan dwi pertama Lexus iaitu 12.3 inci di atas dan 7 inci di bawah, serta Back Underfloor View yang memaparkan kawasan di bahagian bawah belakang kenderaan sebagai yang pertama di dunia.

    Lexus LX 600 serba baharu telah diperkenalkan di Bilik Pameran Lexus, Gadong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...