Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Lyft, Waymo bekerjasama bina kereta pandu sendiri

    SAN FRANCISCO, 15 Mei – Waymo, sebuah unit syarikat kereta pandu sendiri yang dimiliki oleh syarikat induk Google, Alphabet telah mencapai satu persetujuan dengan firma perkongsian kenderaan Lyft untuk menguji teknologi kereta pandu sendiri, menurut syarikat-syarikat itu lewat kelmarin.

    Waymo dan Lyft sedang berganding bahu bersaing dengan Uber yang juga dalam rancangan untuk membangunkan kenderaan pandu sendiri mereka.

    “Kami berharap untuk bekerjasama dengan Lyft untuk meneroka produk-produk pandu sendiri terbaru yang akan membuatkan jalan-jalan kita lebih selamat dan pengangkutan lebih mudah didapati,” seorang jurucakap Waymo memberitahu AFP.

    “Visi dan komitmen Lyft untuk memperbaiki cara bandar-bandar bergerak akan membantu teknologi pandu sendiri Waymo mencapai lebih banyak orang di tempat-tempat lain.”

    Uber yang juga meningkatkan usaha bagi penghasilan kenderaan pandu sendiri. - AFP
    Uber yang juga meningkatkan usaha bagi penghasilan kenderaan pandu sendiri. – AFP

    Seorang jurucakap Lyft mengesahkan kerjasama dengan The New York Times yang menyebarkan perkara tersebut.

    “Waymo memegang teknologi pandu sendiri terbaik ketika ini dan kerjasama dengan mereka akan mempercepatkan visi bersama kami dalam memperbaiki kehidupan dengan pengangkutan terbaik dunia,” menurut keterangan Lyft.

    Waymo dan Uber kini bertarung dalam pertikaian undang-undang.

    Dalam Februari, Waymo memfailkan tuntutan mahkamah mendakwa seorang bekas pengurus mengambil data teknikal apabila dia meninggalkan syarikat dan membawanya ke tempat kerjanya ketika ini yang kemudiannya dimiliki oleh Uber. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...