Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lyon bangkit tewaskan Dijon

    PARIS, 20 Feb – Alexandre Lacazette telah menjaringkan gol ke-21 peribadinya dalam liga musim ini ketika Lyon bangkit untuk menang 4-2 di laman sendiri ke atas Dijon dalam Ligue 1.

    Corentin Tolisso menyumbat masuk bola dari sepakan sudut bagi memberikan Lyon pendahuluan di minit ke-11 di Parc OL, tetapi Julio Tavares menanduk masuk bagi memberikan Dijon gol penyamaan sebelum rehat.

    Dijon sebelum ini sudah menewaskan Lyon di laman sendiri ketika mereka bertemu pada bulan Ogos, dan kelihatannya nyaris mencipta sejarah yang sama apabila Lois Diony menjaringkan gol kelapannya musim ini.

    Ia mengambil sehingga 10 minit terakhir perlawanan untuk pasukan tuan rumah meraih gol penyamaan, apabila Tolisso sekali lagi menemui sasaran.

    Penyerang Lyon dari Perancis, Alexandre Lacazette (kanan) membuat percubaan ke gawang lawan dalam aksi Ligue 1 menentang Dijon. – AFP
    Penyerang Lyon dari Perancis, Alexandre Lacazette (kanan) membuat percubaan ke gawang lawan dalam aksi Ligue 1 menentang Dijon. – AFP

    Lacazette kemudian memberikan Lyon pendahuluan menerusi sepakan penalti di minit ke-84 selepas Tavares melakukan faul ke atas Mouctar Diakhaby di dalam petak, dan Nabil Fekir memastikan kemenangan menjadi milik Lyon di minit akhir perlawanan.

    Keputusan itu mengukuhkan lagi cengkaman Lyon bagi kedudukan keempat, ketika mereka mempunyai kelebihan empat mata di atas Saint-Etienne, Marseille dan Bordeaux.

    “Kami layak mendapat tiga mata dan apa yang mengembirakan adalah bagaimana kami bertindak balas selepas ketinggalan,” kata jurulatih Lyon, Bruno Genesio.

    “Kami tidak menyerah kalah dan kami mempamerkan watak yang hebat. Ia adalah kemenangan yang membantu kami bersatu menjadi lebih daripada satu pasukan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda