Lyon berhak kemukakan rayuan

LYON, 1 MEI – Meski telah berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara musim ini, bagaimanapun Lyon tidak akan beraksi dalam pertandingan Eropah tahun depan dengan kempen liga Perancis yang diumumkan berakhir semalam, namun mereka juga boleh mencabar keputusan itu.

Sebelumnya, kedudukan Ligue 1 disahkan dengan pemenang kepada Paris Saint-Germain (PSG), namun, Lyon berada di kedudukan ketujuh, di luar tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

Keraguan masih ada mengenai kemungkinan untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Liga Perancis musim ini dengan Lyon akan menentang dengan juara PSG, dengan kemenangan itu mampu menawarkan kelayakan untuk ke Liga Europa.

“Lyon berhak untuk mengemukakan cabaran terhadap keputusan ini dan menuntut ganti rugi dan kepentingan mereka,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Presiden yang lantang bersuara, Jean-Michel Aulas mengatakan kelab itu akan terkena krisis kewangan jika mereka kehilangan penyertaan Liga Juara-Juara atau Liga Europa. “Ini adalah kehilangan peluang yang signifikan.

Kerugian untuk kelab akan mencapai beberapa juta euro,” katanya kepada AFP dan Le Progres. – AFP

Jean-Michel Aulas ketika menghadiri undian kejohanan Liga Juara-Juara UEFA di The Grimaldi Forum di Monaco. Pemimpin bola sepak Perancis mengumumkan mengakhiri musim Ligue 1. – AFP