Lyon buat rayuan

PARIS, 26 MEI – Lyon akan mencabar keputusan menamatkan musim Ligue 1 lebih awal berikutan pandemik COVID-19 di depan Majlis Negara, mahkamah tertinggi pentadbiran Perancis, jelas sumber kelab berkenaan kepada AFP.

Kelab itu mengkritik peraturan 30 April lalu yang dilakukan oleh Liga Perancis (LFP) yang memutuskan saingan musim ini sudah berakhir selepas pengumuman kerajaan bahawa bola sepak tidak boleh disambungkan kerana krisis kesihatan. Presiden Lyon, Jean Michel Auslas juga menulis surat kepada Perdana Menteri Perancis semalam dan menggesa mereka mempertimbangkan keputusan itu, dengan harapan kerajaan akan mengumumkan kelonggaran perintah berkurung minggu depan.

“Bolehkah kita bayangkan bahawa 2 Jun adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kesalahan bola depak Perancis dan membenarkan aksi musim ini disambung semula dengan menggunakan protokol kesihatan di mana saja,” kata Aulas.

Lyon, yang mara ke slot 16 akhir Liga Juara-Juara musim ini, berada di kedudukan ketujuh dan di luar kelayakan automatik saingan Eropah.

Sebelum ini mahkamah pentadbiran di Paris sudah menolak rayauan mereka.

Hakim mahkamah pentadbiran Paris secara logik menyatakan, keputusan dibuat lembaga pengarah liga pada 30 April dan hanya boleh dicabar sebelum ke Majlis Negara. Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Perancis menolak rayuan pasukan divisyen dua, Ajaccio, Troyes dan Clermont untuk mengadakan playoff penentuan ke Ligue 1 selepas saingan musim ini ditamatkan serta merta bulan lalu. – AFP