Lyon mara ke perlawanan akhir Piala Liga

LYON, 22 JAN – Selaku juara tujuh kali Liga Perancis Lyon berpeluang mengakhiri kemarau kejuaraan setelah lapan tahun tidak memenangi piala selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Liga apabila menang menentang Lille menerusi sepakan penentuan penalti 4-3 selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 semalam.

Lyon akan beraksi di perlawanan akhir menentang di antara Paris Saint-Germain atau Reims pada 4 April nanti yang akan berlangsung di Stade De Perancis. Lille telah mendahului perlawanan apabila Renato Sanches berjaya menjaringkan gol, manakala Moussa Dembele menemui jaringan penyamaan di minit ke-17 perlawanan. Dengan berbaki lima minit sebelum tamat babak pertama perlawanan Houssem Aouar berjaya mendahului pasukannya dengan jaringan dari jarak jauh.

Pada babak kedua perlawanan Lille membuat pertukaran pemain dengan memasukan Loic Remy dan beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan apabila Lille dihadiahkan sepakan penalti akibat kekerasan Rafael kepada Jonathan Bamba di minit akhir perlawanan.

Dengan tiada masa tambahan perlawanan dalam Piala Liga itu, perlawanan diteruskan dengan penentuan sepakan penalti. Percubaan penalti pertama buat Lille diambil oleh Bamba berjaya diselamatkan penjaga gawang Lyon Tatarusanu.

“Kami boleh memenangi perlawanan jika Lille tidak menjaringkan gol penyamaan tetapi penentuan penalti menarik perhatian peminat kami,” Jurulatih Lyon Rudi Garcia berkata.

Lyon telah memenangi enam perlawanan berturut-turut dalam semua perlawanan, Garcia berjaya membawa Lyon ke perlawanan akhir walaupun memulakan persembahan yang menghambarkan pada awal musim ini tanpa Memphis Depay kerana mengalami kecederaan. – AP

Reaksi pemain-pemain Lyon ketika meraikan kemenangan mereka menentang Lille di Stadium Groupama pada 21 Januari. – AP