Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lyon semakin tercicir

    PARIS, 19 Feb – Bertrand Traore menjaringkan dua gol tetapi Lyon semakin jauh ketinggalan di belakang pesaing mereka untuk merebut slot Liga Juara-Juara di Perancis selepas melepaskan dua gol pendahuluan dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 di Lille.

    Penyerang berasal dari Burkina Faso, Traore, yang menyertai kelab tersebut dari Chelsea pada Julai lalu, menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama ketika Lyon dilihat dalam laluan bagi kemenangan yang dinanti-nantikan berikutan tiga kekalahan berturut-turut dalam persaingan Ligue 1.

    Tetapi jaringan-jaringan selepas rehat menerusi Nicolas Pepe dan pemain penyerang Brazil, Luiz Araujo memastikan pasukan kendalian Christophe Galtier mencatatkan satu mata, meletakkan Lille hanya satu tempat di atas zon penyingkiran.

    Lyon dilihat pasukan yang mampu menjejaskan Paris Saint-Germain selepas menewaskan pendahulu liga itu pada Januari lalu, tetapi rentak hambar bermakna mereka mungkin menamatkan persaingan hujung minggu dengan ketinggalan enam mata dari tangga ketiga, Marseille.

    Florian Thauvin meneruskan sentuhan berbisanya apabila membantu Marseille meraih kemenangan 1-0 ke Bordeaux di Velodrome.

    Sebelumnya, kapten Nice, Dante menjaringkan gol pertamanya dalam Ligue 1 bagi kelab itu dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 menentang pasukan bimbingan Claudio Ranieri, Nantes. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda