Lyon, Sylvinho langkah kanan

MONACO, 11 OGOS – Lyon menewaskan Monaco 3-0 dalam perlawanan pembukaan Ligue 1 ketika bekas pertahanan Brazil, Sylvinho, memulakan kerjaya kejurulatihannya dengan sempurna, sementara Cesc Fabregas dilayangkan kad merah.

Moussa Dembele dan Memphis Depay menjaringkan gol sebelum dan selepas arahan keluar padang Fabregas pada separuh masa pertama.

Lucas Tousart menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan berbaki 10 minit menentang pasukan kurang berpengalaman yang beraksi tanpa Radamel Falcao, yang dijangka meninggalkan Monaco sebelum berakhirnya jendela perpindahan. – AFP