Lyon tambah luka Leipzig

LEIPZIG, 3 OKT – Lyon menamatkan kempen hambar mereka apabila Memphis Depay menemui sasaran dalam kemenangan 2-0 saingan Liga Juara-Juara di RB Leipzig, sekali gus ‘menghadiahkan’ kelab Jerman itu kekalahan kedua di laman sendiri dalam masa empat hari.

Gol menerusi bekas pemain Manchester United, Depay dan Martin Terrier telah mengesahkan kemenangan buat pasukan Perancis itu, meletakkan mereka berkongsi kedudukan teratas Kumpulan G dengan Zenit Saint Petersburg dan satu mata di depan Leipzig di kedudukan ketiga.

“Kami layak memenanginya. Kami mengharungi tempoh yang sukar dan kami masih belum melepasinya namun kami melakukan segala-galanya untuk menterbalikkannya,” kata kapten Lyon, Leo Dubois. – AFP